Thursday 3 March 2016

Kuching, Sarawak

TRIP KE KUCHING SARAWAK


19hb Februari 2016

Actually tiket nak ke Kuching ni kami dah book awal lagi. Kalau tak silap dlm bulan 8 2015. Konon2nya nak tiket murah la kan. Tapi mmg murah pun. Aku, husband dgn anak hanya RM 350. Kira murah la kan. Flight kami pada 19.2.2016 jam 7.25 pagi. So pagi2 buta pukul 4.30 pg dah gerak g airport. Excited la katakan.

Amboi sukanya Muhammad Hadif Ilman. Tengok to betapa excitednya dia nak g jalan. 

Kami sampai airport Kuching then amik lugage semua lbh kurang pukul 10.00 pg. Driver dah sedia menanti. Kami breakfast di Kopi O Corner, Kuching. Makanan kat sini ok la. Nak kata sedap sgt tak de la, nak kata tak sedap kenyang la perut.. Selepas itu kami dibawa ke Kubah Ria. Macam2 ada kat sini. Ikan Terubuk Masin, sayur2an, barangan basah, barangan kering dan macam2 lagila.Biasala rombongan kali ni ramai mak2 kan so apa lagi yang mak2 suka. Suka masak la. Sampai pergi berjalan pun nak masak.

Inilah homestay kami. Memang puas hati dgn homestay + driver. Utk 4hari 3 malam RM1,800. Ada 4 bilik, 4 bilik air, dapur lengkap dgn barangan utk memasak, mesin basuh pendek kata semua adala.


Selepas makan t/ari dan suami2 balik dari solat jumaat 1st destination kami ialah Kedai Kain Batik Songket Sarawak. Nak kata murah xde la. Sbb dia tak bg kurang. Amik 50helai pun xbg kurang.


Kemudia kami menyopping kek lapis di Zaharah Kek Lapis pulak. Kek lapis dia boleh tahan sedap. Lembab je. Tak macam sesetengah kek lapis to manis je lebih.


Habis menyopping kami berjalan di Kuching Waterfront. Niat dihati nak naik sampan menyeberangi sungai. Tapi hujan la pulak. So tak jadi la.

Oleh kerana hujan kami ambil keputusan utk ronda2 bandar Kuching sahaja.Tapi driver kami baik hati bawa kami ke Bako.Cantik pemandangan kampung ini.


Slps itu balik ke homestay apa lg mak2 berkejar kedapur. Xde aktiviti mlm cuma mkn2 dan rehat di homestay shj.

20hb Februari 2016

Cuaca tak berapa elok. Hujan je memanjang. Kat dapur pukul 7pg dah bunyi kecoh2.Rupa2nya mak2 sibuk memasak. Katanya nak berkelah di Pantai Damai. 1st destination kami hari ni menyopping Tikar Buluh Sarawak. Juling biji mata mak2 semua.Kalau blh satu kedai nak dibawa balik.

Tikar Rotan Segak Emas namanya.

Kemudian kami ke kilang pasu. Teringin jugak mak2 ni nak beli pasu. Tapi memandangkan ssh nak bawa balik so mereka terpaksa batalkan niat.

Kemudian kami terus menuju ke Pantai Damai. Sedang kami syok2 menikmati makanan hujan turun tiba2. Apa lg berlari la masing2.

Kampung Budaya Sarawak pun tak masuk sbb hujan.So bergambar kat depan sudahla.

Kemudian terus balik homestay. Menu mlm ini telur dadar, tom yam, terubuk masin, sambal belimbing bukit. Inilah untungnya bawa mak2.. Cakap je nak mkn ape.

21hb Februari 2016

Kami ke Pasar Sarikin pd pkl 10 pg. Tp agak kecewa kerana hujan masih tidak berhenti. Banyak tempat yang banjir. Peniaga di Pasar Sarikin pun ramai yg tidak berniaga. So tak byk la yg blh shopping.


Oleh kerana mlm ni mlm terakhir so kami berjalan di tebingan waterfront.


Nak jugak cuba Ais Krim Bergula Apong yang orang cakap sedap sangat to.

22hb Februari 2016

Hari terakhir di Sarawak kami keluar homestay pukul 9pg. Kami ambil kek yg telah diorder. Ikan terubuk pun banyak diborong. Kata mak2 nak buat stok bulan puasa.Berakhirla percutian kami ke Sarawak. Best tapi kecewa jugak sikit sbb hujan tak byk tempat blh pergi.

Friday 28 November 2014

Enjoy di Shanghai..


INTAI-INTAI SHANGHAI

Assalamualaikum semua

INTAI-INTAI SHANGHAI???
KENAPA!!??

Kalau readers2 pernah baca blog Wanie sebelum ini uollz mesti tahu kan yang Wanie "terpaksa" bercuti keShanghai secara percuma pada September lepas..Hehe..Terpaksa bercuti ok..Tetapi oleh kerana Wanie dah pun bersalin so tak dapatla Wanie pergi. So to yang kena intai-intai picture ATEAM member yang terpaksa juga bercuti secara percuma ke Shanghai...Huh jealousnya..  

Tengok gambar masing2 pun dah tahu macam mana terujanya mereka dapat g holiday selama 4hari 3malam yg fully sponsored oleh company..Hotel super tip top 5stars, makan minum halal, tempat shopping semuanya dah diaturkan..Diaorang ni lenggang kangkungla tarik beg, bawa pasport ngan duit shopping jer..wow...


Seperti biasa acara wajib kami bergambar dulu di KLIA sebelum bertolak...Bertolak dari KLIA pada pukul 1pagi dan safely landed di Pudong International Airport Shanghai lebih kurang jam 7pagi.Masa di Shanghai sama je dengan masa di Malaysia..So tak de la pening akibat pertukaran masa..

Ok sampai je dibumi Shanghai kami terus dibawa ke ORIENTAL PEARL TOWER.. kalau uollzz datang Shanghai wajib datang sini tau..so Amazing..viewnya best sangat boleh nampak seluruh kotaraya Shanghai.. Mula to agak terkilanla jugak coz time ni hujan renyai2 so takut tak nampak viewnya..Tapi tak berapa lama kabus hilang sikit2 dapat jugaklah kami tengok viewnya...Jakun!!!Takut!!!. Semua ada..Mana taknya kami berdiri setinggi 265m dari bawah..phewss berpeluh jugakla dahi masing2..huhu...





Done bergambar di atas Oriental Pearl Tower, singgah pula di NANJING ROAD. Kalau di Malaysia sama macam Bukit Bintangla.. Tapi barang2 disini agak mahalla compare tempat lain.Sebab diaorang kata sewa kat sini paling mahal.


Done cuci mata n shopping 2-3 helai baju kat sini kami dibawa pula ke XIAO TAO YUAN MASJID. Masjid ini berusia lebih 100 tahun dan terletak ditengah bandaraya Shanghai.


Yang kanan ni nenda kami dalam business ni CDM HAMISAH ALIAS. Beliau dah lebih 10tahun dalam business ini dan sangat berpengalaman serta baik hati sangat. Yang kiri ni pula satu2nya bonda kami CDM ADIBAH KARIMAH. Seorang yang berjiwa kental dan sangat komited dalam business ini. Sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada rakan kongsi.

Semua dah penat jalan2 so balikla hotel untuk menyegarkan badan pula.. Ha ni la our 5star hotel yang kami istirehat RADISSON BLU HOTEL. Tapi hotel ni kelakar sikit coz dari luar bilik boleh nampak apa yang berlaku dalam bilik air.. Auuww.. Kalau datang dengan hubby and wifey syokla.. Tapi apa jadinya kalau bersama rakan..haha..


Dah segarkan badannow time utk mengenyangkan perut pulak..Dinner at ATLANTIC RESTAURANT..Makanan kat sini huh ak boleh nak cakap sedap sangat..Perut dah kenyang next destination naik Cruise la pulak..Naik Cruise menyusuri bandaaraya sememangnya dah menjadi agenda wajib bila kami travel ke oversea with company..Pemandangan malam bandaraya Shanghai sangat cantik.Dibanjiri lampu yang berkelip2..


Ok citer For 2nd day pulak..Now tiba hari yang ditunggu iaitu hari melontar peluru..huhu..Berpagian di Kilang Sutera..Sungguh mengagumkan kerana kami ditunjuk bagaimana cara untuk membuat sutera dari mula hingga siap..Bestkan..


2nd place yang wajib untuk melontar peluru ialah AP PLAZA..Tour guide kami dah pesan kalau diaorang letak harga terus bargain sampai 80% ok..haha...


Selesai shopping terus gerak balik ke hotel bersiap untuk Gala Dinner dengan tema CHINESE STYLE.. 



3rd day after breakfast kami terus ke tempat pembuatan jade di TIANMAI JADE JEWELRY EXPO CENTRE..


Ok lunch kami di sini ::



Ok after lunch oleh kerana tidak puas shopping time 2nd day to kami dibawa ke AP PLAZA sekali lagi..Sehinggala masing2 kepenatan then balik hotel rest coz esok pagi2 lagi kami akan pulang ke tanahair tercinta dah..

Seriously memang best sangat travel with company nak2 semuanya FREE..lagila bestkan..flght, makan, hotel, mana nak pergi semuanya dah diarangekan dan disediakan.. Cuma sediakan pasport n duit shopping je..

Ok nantikan next trip ATEAM ke EUROPE pulk..Wah bestnya..Jom join kami menikmati FREE TRAVEL ni..Setahun 3kali ok..

LOVE
WANIE









Tuesday 2 September 2014

2014 Aidilfitri paling bermakna

SPECIAL AIDILFITRI 2014

Assalamualaikum..

Alhamdullillah dah sebulan  lebih Aidilfitri meninggalkan kita. Semoga tahun depan dipanjangkan umur untuk kita sama-sama menikmati keindahan Aidilfitri lagi.Tapi baru sekarang Wanie sempat nak pegang keyboard. Al maklumla buzy raya. Open house sana sini pagi petang. To yg tak sempat to..hehe….  Tapi 2014 adalah Aidilfitri paling bermakna buat Wanie dan hubby.. Nak tahu kenapa? Jap yerk nanti Wanie ceritakan...

Seperti tahun-tahun yang lepas raya pertama Wanie dirumah mertua di Puchong, Selangor. Lagipun Wanie dah sarat mengandung. Due Wanie lagi 2 minggu je so takut jugakla kan nak jalan-jalan jauh.. Naya pulak kalau-kalau tebersalin dalam kereta..hehe..Seperti biasa pagi Aidilfitri kami satu keluarga akan makan-makan then bermaafan sesama kami.Ibu mertuaku memang sangat rajin. Setiap pagi Aidiltri macam-macam juadah disediakan. Antaranya ketupat, rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, dodol, daging masak kicap dan macam-macam lagi la. Nak citer semuanya takut tak muat pulak..hehe...

1st Aidilfitri bersama hubby tercinta. sayang minta maaf atas segala salah dan silap. Kosong-kosong yek.

Jom selfie 1family dulu sebelum meneruskan agenda lain.

Selepas kekenyangan dan saling bermaafan kami sekeluarga menuju kerumah mbah sebelah bapa mertua di Kuala Selangor. Menziarahi atuk-atuk saudara dahulu. Yang tua patut didahulakan. Itulah pesan bapa mertuaku. Selepas selesai menziarahi semuanya kami balik ke Puchong semula packing barang then terus ke kampung sebelah ibu mertuaku di Tampin, Negeri Sembilan.

Pink+Merah theme 2nd Aidilfitri kami.

Tanggal 9 Ogos 2014 bersamaan 13 Syawal adalah hari yang paling bermakna buat Wanie dan hubby. Terima kasih YaAllah kerana memberi peluang untuk menikmati kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar "IBU". Alhamdullillah wanie selamat melahirkan baby boy tepat jam 9.34 malam seberat 3.51kg.Muhammad Hadif Ilman Bin Mohd Norhaidzad (Yang Berdampingan Dengan Ilmu) permata mama dan abah. Semoga dengan kehadirannya akan mengeratkan lagi kasih sayang kami dan semoga anak mama menjadi anak yang baik, hamba Allah yang taat serta soleh. Tiada apa lagi yang paling bermakna selain kelahirannya.

Comey tak kaki Hadif Ilman.

Ok rasanya cukupla kot setakat ini celoteh Wanie hari ni. Baby Hadif pun dah menagis to. Lapar agaknya. Ok semoga jumpa lagi di entry seterusnya.

LOVE
WANIE

Monday 28 April 2014

Celebration with Awesomazing Team


Awesomazingteam "Seafood Wo Lai"!

Assalamualaikum readers norwaniezalzeli.com... Susah benar nak mengupdate blog kebelakangan ini.. Actually banyak story nak share tapi oleh kerana keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan so terpaksala ditangguh semuanya.. So sorry guys..

Last two weeks wanie ade small clasz with awesomazing team. In this business every single step kite semuanya diajar. Jadi tak perlu risau kalau tiada experience lansung dalam bisnes kerana sentiasa ada tangan yang membimbing kita untuk memastikan kite terus berjaya sehingga ke puncak kejayaan. Tersangatlah bersyukur dikurniakan seorang leader yang sangat commited iaitu CDM ADIBAH KARIMAH. Beliau tidak pernah kenal erti penat dan jemu untuk  mencurahkan ilmu, mengatur strategi dan motivasi kepada team membersnya.


Pada hari yang sama juga kami ade celebration for awesomazing team yang qualied "Seafood Wo Lai" . Ini adalah salah satu projek kami untuk bulan March. Congratulation to all 24 members awesomazing team for your achievement. Ini adalah salah satu penghargaan yang diraikan untuk kami didalam business ini. Bestkan business ni.. untung runcit dapat, bonus company dapat dan makan free pun dapat..hehe...


So sweet, cuttie & adorable this beautiful cakes special for Qualifiers Seafood Wo Lai!Nak makan pun sayang ok..


Makanan kat sini not bad la. Variety of seafood! Ketam, Udang Galah, Sotong, kerang, lala..Lobster je xda. Kalau ada dah lama rembat sekali.ehehe.. So sesiapa nak try makan kat sini boleh cuba di Restoran Wira, Jalan ke arah UIA batu 8.

Alhamdulillah, semua muka kekenyangan & happy!;)

Congratulations to 24 members in Awesomazingteam! Yang lain jangan berputus asa, banyak lagi projek yang menanti.. Every month pasti ade reward yang menanti kami.. Tak sabar nak tunggu reward for next month..Jom uollzz sertai kami..

LOVE
WANIE

Wednesday 12 March 2014

Awesome Gold Coast Aussie


Awesome Gold Coast Aussie


Salam everyone!!!Wah lama benar wanie tak pegang keyboard ni..Seriously xlarat. Barulah wanie tau macam ni rasanya preggy.Memang xboleh dilupakan pengalaman ini..

Rasanya dah dekat sebulan wanie dan Awesomazing Team back from FREE trip to Gold Coast Australia!!! 5 days 3 night at Gold Coast Aussie memang satu experience yang tak dapat dilupakan… Semangat berkobar-kobar nak ceritakan to all readers experience kat sana..

Alhamdulillah, journey to Gold Coast Australia memang tersangatlah Happening & Awesomazing!! With the Awesomazing Team yg semuanya satu kepala .. We are still young so perangai bebudak dan kegilaan mesti ada.. Ada yang dah anak 2,3 dan wanie sendiri bakal jadi ibu..Young lagi ke???..Hahahaa.. But travel macam ni jela boleh menunjukkan perangai sebegitu, kalau di Malaysia tidakla begitu.. Memang sopan santun ohkeyyy..nanti terkezut pulak ibu mertuaku… Huhu..;p

So, what happened along my trip? so, let me start from KLIA, transit to Changi Airport Singapore until reached at Brisbane Airport, Australia... 

Part of Awesomazing Team.. 

Alhamdulillah, Jam 8 pagi waktu Australia, kami selamat tiba di Brisbane Airport. Perbezaan waktu hanya dua jam cepat from Malaysia.

Bermula lah percutian Awesomazing Team. First kami dibawa ke Paradise Country Farm. Pada musim panas seperti sekarang biri-biri akan dicukur bulunya. Ini kerana panas disini amatlah luar biasa serta biri-biri boleh mati jika tidak dicukur bulunya kerana terlalu panas.. Kami menyaksikan sendiri pekerja ladang mencukur bulu biri-biri.

Sempat lagi berposing bersama kangaroo..takut sebenarnya ni..

Weather terlampau panas sampai kuda pun xtahan..Thats y kuda ni pakai baju..lol..

Oppss sori.. aksi2 husband and wife..hehe..honeymoon free la katakan..

After that kami check in di Outrigger Surfers Paradise Hotel. 3 night we stay here. 5 star Hotel in Surfers Paradise ok.. Sangat selesa… dan view kat luar pun sangat cantik.

Second day Awesomazing Team dibawa ke Paradise Jet Boating. Kami merasai pengalaman sendiri menaiki Jet Boating. Tapi sayang wanie xdapat merasai pengalaman ini kerana sudah dipesan pregnant people tak dibenarkan naik..huhu..so sad.!!!..

Wajah kegembiraan kawan2ku menaiki Jet Boating.

After that kami terus menuju ke Sea World. Kami disajikan dengan Dolphin show, Spongebob 3D, Dicsovery Dinosour,  n macam2 lagi show... Disertakan juga dengan game yang teramatlah extreme2 belaka.Seriously wanie memang tak berani naik.. hanya mampu tunggu dekat bawah tengok keriangan kawan2 je la.. 


Setelah penat disini kami balik ke hotel dan bersiap utk Gala Dinner.  Theme"Hawaii"!!!..gituuu..;)Oppss sori xsmpat snap pic time ni wanie xlarat so tak habis lagi dinner dah berselubung atas katil..hehe

Third day kami menuju ke Movie World. Breakfast and lunch disini.. This is the time to all out shopping & enjoy sepuasnya..Menjerit keriangan serta ketakutan disini! Tapi untuk yang berani ajelah..yng penakut seperti wanie tengok jela..seperti di Sea World juga la hanya mampu tengok je...hehe



Then back to hotel and dinner ala2 Indian Food di Tandori Palace.

Hari berikutnya tiba untuk sesi lontaran peluru di Harbour Town Factory Outlet. If in Malaysia like Pavilion.. Branded item memang berlambak, but for me price more cheaper compare to Malaysia… So ape lagi sakan la wanie shopping. Sampai pic pun xsempat nak snap.

Then dinner di Restaurant Indonesian. Sebelum bertolak balik ke Airport kami dibawa melawat ke Bandaraya Brisbane. Bandaraya Brisbane sangat cantik di waktu malam, dilimpahi dengan lampu2 yang berkelipan.

Its time to Say GoodBye Surfers Paradise and Brisbane!!! So for all you guys kat luar sana still looking for business opportunity, want to do as a side income or to have Fun FREE Travel in Shanghai soon! Do contact me!!! Package FREE Trip to Shanghai is still open! dont miss this chance to get your own ticket & together we have fun overthere!!!

Love
WANIE



Wednesday 25 December 2013

Hadiah ulang tahun perkahwinan yang paling bermakna.

Present Anniversary yang paling bermakna.

Mempunyai cahaya mata adalah impian setiap insan yang bernama suami dan isteri. Ada juga yang mengatakan anak adalah pelengkap rumah tangga. Tetapi tidak semua pasangan yang dapat menikmati dan merasainya. Begitu jugalah dengan saya dan hubby setelah 2tahun berkahwin tangisan seorang bayi memang sangat dinanti2kan. Kadang2 timbul rasa cemburu apabila melihat kawan2 mengendong anak mereka.


Alhamdulillah tanggal 17 December 2013 iaitu sehari selepas ulangtahun kedua perkahwinan kami telah menerima berita yang paling gembira. Dan saya juga merasakan inilah present anniversary yang tak kan dilupakan sampai bila2. Saya telah disahkan mengandung. YaAllah tak tahu macam mana nak gambarkan perasaanku ketika itu. Dan suamiku juga adalah insan yang paling gembira. Kadang2 lucu sangat dengan suamiku ye la usia kandunganku baru mencecah 6minggu tapi every night tanya ajak beli barang baby..hehe..

Ini semua adalah hasil mengamalkan pemakaian corset Premium Beautiful dan memakan pil herba Maharani secara konsisten. Setelah 5 bulan aku mengamalkannya Alhamdulillah impianku menjadi nyata. Bersyukur sangat kepadaNya.


Tak sabar rasanya menanti kelahiran baby kami. Kepada semua pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai impian seperti saya dan suami bolehlah mencuba mengamalkan pemakaian corset Premium Beautiful dan memakan Pil Maharani kerana telah banyak testimoni yang berjaya setelah mencubanya. Untuk maklumat selanjutnya boleh hubungi saya.

Love
WANIE
016-718 6105


Sunday 8 December 2013

Business Roadshow with Johorean


BUSINESS ROADSHOW WITH JOHOREAN


Tiada siapa yang boleh kembali kepada masa lampau, tetapi sesiapa sahaja boleh memulakan sesuatu yang baharu hari ini. Now peluang kejayaan dibuka kepada sesiapa yang inginkan kejayaan itu. Now the opportunity is knocking.


Calling for people in Johor Bahru..Transform your life 360’ with us now.. Kami akan tunjukkan jalannya bagaimana nak dapatkan 6figure income every month even u buat secara part time only. Tidakkah anda mahu berjaya seperti Hanis Haizi dan Adibah Karimah. 2 orang insan hebat yang telah pun memegang 6figure income every month. Mereka akan berkongsi rahsia bagaimana mereka dapatkan semua itu.



Apa yang menariknya business ini?
-       -   Monthly income anda yang tentukan nak berapa dan ianya terus  akan dikreditkan kedalam account anda setiap 9hb (bestkan dapat  gaji awal bulan)
-         - Masa depan yang terjamin kerana adanya saving
-         - Bulanan kereta company bayarkan. Imagine betapa seronoknya  tak payah nak peningkan kepala memikirkan nak bayar kereta  every month.
-         - Simpanan untuk perbelanjaan harian
-         - Wow.. 3X setahun FREE trip ke seluruh dunia. ( InsyaAllah this  coming February we all akan fly ke Gold Coast, Australia secara  PERCUMA )
-         - Rasanya kalau nak beli BRANDED item seperti Prada, Louis  Vuitton, Burberry, Kate Spade to 10X fikir nak beli ke tak?? Tapi  dengan bisnes ni semuanya diberi secara PERCUMA.
-         - Freedom of Life and Time


Temui kami pada 15hb December di Taman Kempas Utama, Johor Bahru jam 9am sehingga 2pm.

Percayalah ini adalah titik permulaan untuk mengubah hidup anda menjadi luar biasa.Bila dah nampak peluang, gunakanlah ia sebaiknya.
Mari sama2 rebut peluang keemasan ini. Peluang ini masih terbuka untuk semua.
“Hanya Kita yang menentukan KEJAYAAN hidup kita”
Book your seat with me now
WANIE
  • 016-7186105