Tuesday 2 September 2014

2014 Aidilfitri paling bermakna

SPECIAL AIDILFITRI 2014

Assalamualaikum..

Alhamdullillah dah sebulan  lebih Aidilfitri meninggalkan kita. Semoga tahun depan dipanjangkan umur untuk kita sama-sama menikmati keindahan Aidilfitri lagi.Tapi baru sekarang Wanie sempat nak pegang keyboard. Al maklumla buzy raya. Open house sana sini pagi petang. To yg tak sempat to..hehe….  Tapi 2014 adalah Aidilfitri paling bermakna buat Wanie dan hubby.. Nak tahu kenapa? Jap yerk nanti Wanie ceritakan...

Seperti tahun-tahun yang lepas raya pertama Wanie dirumah mertua di Puchong, Selangor. Lagipun Wanie dah sarat mengandung. Due Wanie lagi 2 minggu je so takut jugakla kan nak jalan-jalan jauh.. Naya pulak kalau-kalau tebersalin dalam kereta..hehe..Seperti biasa pagi Aidilfitri kami satu keluarga akan makan-makan then bermaafan sesama kami.Ibu mertuaku memang sangat rajin. Setiap pagi Aidiltri macam-macam juadah disediakan. Antaranya ketupat, rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, dodol, daging masak kicap dan macam-macam lagi la. Nak citer semuanya takut tak muat pulak..hehe...

1st Aidilfitri bersama hubby tercinta. sayang minta maaf atas segala salah dan silap. Kosong-kosong yek.

Jom selfie 1family dulu sebelum meneruskan agenda lain.

Selepas kekenyangan dan saling bermaafan kami sekeluarga menuju kerumah mbah sebelah bapa mertua di Kuala Selangor. Menziarahi atuk-atuk saudara dahulu. Yang tua patut didahulakan. Itulah pesan bapa mertuaku. Selepas selesai menziarahi semuanya kami balik ke Puchong semula packing barang then terus ke kampung sebelah ibu mertuaku di Tampin, Negeri Sembilan.

Pink+Merah theme 2nd Aidilfitri kami.

Tanggal 9 Ogos 2014 bersamaan 13 Syawal adalah hari yang paling bermakna buat Wanie dan hubby. Terima kasih YaAllah kerana memberi peluang untuk menikmati kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar "IBU". Alhamdullillah wanie selamat melahirkan baby boy tepat jam 9.34 malam seberat 3.51kg.Muhammad Hadif Ilman Bin Mohd Norhaidzad (Yang Berdampingan Dengan Ilmu) permata mama dan abah. Semoga dengan kehadirannya akan mengeratkan lagi kasih sayang kami dan semoga anak mama menjadi anak yang baik, hamba Allah yang taat serta soleh. Tiada apa lagi yang paling bermakna selain kelahirannya.

Comey tak kaki Hadif Ilman.

Ok rasanya cukupla kot setakat ini celoteh Wanie hari ni. Baby Hadif pun dah menagis to. Lapar agaknya. Ok semoga jumpa lagi di entry seterusnya.

LOVE
WANIE