Thursday 3 March 2016

Kuching, Sarawak

TRIP KE KUCHING SARAWAK


19hb Februari 2016

Actually tiket nak ke Kuching ni kami dah book awal lagi. Kalau tak silap dlm bulan 8 2015. Konon2nya nak tiket murah la kan. Tapi mmg murah pun. Aku, husband dgn anak hanya RM 350. Kira murah la kan. Flight kami pada 19.2.2016 jam 7.25 pagi. So pagi2 buta pukul 4.30 pg dah gerak g airport. Excited la katakan.

Amboi sukanya Muhammad Hadif Ilman. Tengok to betapa excitednya dia nak g jalan. 

Kami sampai airport Kuching then amik lugage semua lbh kurang pukul 10.00 pg. Driver dah sedia menanti. Kami breakfast di Kopi O Corner, Kuching. Makanan kat sini ok la. Nak kata sedap sgt tak de la, nak kata tak sedap kenyang la perut.. Selepas itu kami dibawa ke Kubah Ria. Macam2 ada kat sini. Ikan Terubuk Masin, sayur2an, barangan basah, barangan kering dan macam2 lagila.Biasala rombongan kali ni ramai mak2 kan so apa lagi yang mak2 suka. Suka masak la. Sampai pergi berjalan pun nak masak.

Inilah homestay kami. Memang puas hati dgn homestay + driver. Utk 4hari 3 malam RM1,800. Ada 4 bilik, 4 bilik air, dapur lengkap dgn barangan utk memasak, mesin basuh pendek kata semua adala.


Selepas makan t/ari dan suami2 balik dari solat jumaat 1st destination kami ialah Kedai Kain Batik Songket Sarawak. Nak kata murah xde la. Sbb dia tak bg kurang. Amik 50helai pun xbg kurang.


Kemudia kami menyopping kek lapis di Zaharah Kek Lapis pulak. Kek lapis dia boleh tahan sedap. Lembab je. Tak macam sesetengah kek lapis to manis je lebih.


Habis menyopping kami berjalan di Kuching Waterfront. Niat dihati nak naik sampan menyeberangi sungai. Tapi hujan la pulak. So tak jadi la.

Oleh kerana hujan kami ambil keputusan utk ronda2 bandar Kuching sahaja.Tapi driver kami baik hati bawa kami ke Bako.Cantik pemandangan kampung ini.


Slps itu balik ke homestay apa lg mak2 berkejar kedapur. Xde aktiviti mlm cuma mkn2 dan rehat di homestay shj.

20hb Februari 2016

Cuaca tak berapa elok. Hujan je memanjang. Kat dapur pukul 7pg dah bunyi kecoh2.Rupa2nya mak2 sibuk memasak. Katanya nak berkelah di Pantai Damai. 1st destination kami hari ni menyopping Tikar Buluh Sarawak. Juling biji mata mak2 semua.Kalau blh satu kedai nak dibawa balik.

Tikar Rotan Segak Emas namanya.

Kemudian kami ke kilang pasu. Teringin jugak mak2 ni nak beli pasu. Tapi memandangkan ssh nak bawa balik so mereka terpaksa batalkan niat.

Kemudian kami terus menuju ke Pantai Damai. Sedang kami syok2 menikmati makanan hujan turun tiba2. Apa lg berlari la masing2.

Kampung Budaya Sarawak pun tak masuk sbb hujan.So bergambar kat depan sudahla.

Kemudian terus balik homestay. Menu mlm ini telur dadar, tom yam, terubuk masin, sambal belimbing bukit. Inilah untungnya bawa mak2.. Cakap je nak mkn ape.

21hb Februari 2016

Kami ke Pasar Sarikin pd pkl 10 pg. Tp agak kecewa kerana hujan masih tidak berhenti. Banyak tempat yang banjir. Peniaga di Pasar Sarikin pun ramai yg tidak berniaga. So tak byk la yg blh shopping.


Oleh kerana mlm ni mlm terakhir so kami berjalan di tebingan waterfront.


Nak jugak cuba Ais Krim Bergula Apong yang orang cakap sedap sangat to.

22hb Februari 2016

Hari terakhir di Sarawak kami keluar homestay pukul 9pg. Kami ambil kek yg telah diorder. Ikan terubuk pun banyak diborong. Kata mak2 nak buat stok bulan puasa.Berakhirla percutian kami ke Sarawak. Best tapi kecewa jugak sikit sbb hujan tak byk tempat blh pergi.

No comments :

Post a Comment